Ini satu permulaan. Permulaan di arena baru. Di tempat baru. Mungkin tanpa sesiapa mengenali aku? Mungkin. Tapi yang semesti ini sesuatu permulaan baru. Dengan status diri ku yang juga baru – Hawa kepada seorang Adam.
Di sini. Ingin ku jadikan medan untuk aku meluah rasa. Berkongsi perasaan. Dan mungkin juga, mencoretkan setiap detik aku bergelar Hawa kepada si Adam. Biar dapat ku simpan setiap detik yang pahit maupun manis sebagai kenangan.
Oh, baru ku sedar bila ku lihat tarikh di atas. Bukan, bukan sebab hari ni Hari Kekasih/Valentine’s Day. Tapi hari ni, genap 2 bulan aku menyandang gelaran Isteri. Manis? Banyak juga. Pahit? Ada juga. Ya, walaupun kami masih di katakan dalam berbulan madu lagi tapi tu kan lumrah manusia.
14hb Disember 2006; itu tarikh lahir ku yang ke 30 (tidak, aku takkan merahsiakan umur ku seperti yang lain, mungkin?). Dan hari itu juga aku selamat di ijabkabulkan kan dengan jejaka yang hampir 8 tahun ku kenali. Ya, 8 tahun. Tapi, itu kita simpan untuk masa-masa yang lain ok. Sebab cerita cinta aku nie mengalahkan cerita Bollywood, heh. Setelah di tunangkan hampir setahun yang lalu, kami selamat di satukan sebagai suami isteri. Lega, memanglah aku lega. Yalah, alhamdulillah kami dapat mengharungi cabaran semasa bertunang tu. Kan orang selalu kata, masa bertunang di banyak dugaan nya kan? Dan kami juga tak lari dari dugaan tu. Malah, kami hampir-hampir putus. Takkan dapat ku lupakan waktu tu. Syukurlah, kami kembali berbaik dan bermaaf-maafan.
Dulu, sering aku berharap yang nasib aku akan berubah setelah berkahwin nanti. Yalah, seperti manusia lain. Aku juga tidak lari dari melakukan dosa. Dan aku memang berharap agar perkahwinan ini akan dapat merungkai seribu permasalahan yang terjadi sebelum ini. Tapi nampaknya, semakin terbelit. Mungkin dugaan Tuhan untuk aku, mungkin?
Simpulan mati yang ku sangka dapat ku huraikan bertambah sukar bila suami aku terjatuh dari bumbung rumah Mak Su kami seminggu selepas persandingan kami di kampungnya. Kami yang di jadualkan pulang kerana aku harus teruskan tugas terpaksa menangguhkan kepulangan kami. Aku terpaksa memanjangkan cuti aku untuk menemaninya. Kalau aku tanya pada kau, sanggup kau tinggalkan suami mu yang baru kau kahwini kurang dari sebulan dengan tangannya yang patah (sebenarnya memang di simin tapi dia hendak berubat secara sinseh). Di situlah bermulanya segala permasalahan ku.
Tiba-tiba, surat di hantar menyatakan khidmat ku di tamatkan kan serta-merta. Waktu itu, memang aku rasa dunia ku gelap. Bagaimana harus ku tanggung rumahtangga ku dengan hutang yang menggunung dengan keadaan diriku yang tidak bekerja? Aku rasa mau menangis tapi ku tahan kan jua. Aku cuba berlagak seolah takde apa yang berlaku. Tapi, kerisauan dalam hatiku hanya Tuhan yang tau. Suamiku juga ku lihat tenang. Mungkin dia takmu membebankan aku lagi dengan persoalan setelah tau keadaan aku sudah begini. Namun, dalam kesedihan dan kerisauan aku itu aku redha. Yalah, kalau aku terpaksa berdepan dengan ujian yang sebegini sedangkan di waktu itu nawaitu ku hanya untuk menjaga suami ku yang sedang sakit. Inilah pengorbanan aku. Pengorbanan dari seorang isteri untuk suaminya. Aku redha.
Bermula dari itu, hidup kami bagaikan kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Aku tidak pernah rasa sesusah begini. Hinggakan pernah kami cuma ada RM20 sahaja untuk duit belanjaan kami. Syukurlah, suami ku tidak banyak kerenah.
Mungkin ini dugaan Tuhan kan? Aku pernah dengar Tuhan hanya menduga umatnya dengan dugaan yang pasti dapat di selesaikan. Jadi, mesti ada jalan keluar untuk permasalahan aku nie kan? Aku percaya.
Cuma dalam waktu-waktu suram begini, hanya satu berita gembira yang sering aku impi-impikan. Untuk menimang cahaya mata. Yalah, aku dah 30 tahun. Nak tunggu apa lagi kan? Heh. Walaupun mungkin kehadiran cahaya mata itu dalam waktu terdekat ini mungkin menyulitkan lagi keadaan kami, tapi aku percaya pada rezki anak. Tuhan tu menyayangi umat-umatnya kan..?
Tapi cakap pasal Tuhan semua nie, aku ada satu lagi permasalahan. Hmm..aku malu nak mengaku tapi bukan korang kenal aku pun kan? Heh. Aku dah lama tak mengadapNya. Ntahlah. Hati nie memang ada niat nak kembali ke tikar sembahyang tapi sampai kini, tak sampai lagi. Aku tak tau kenapa aku jadi begini. Bukan aku takde didikan ugama. Tapi, aku dah lama terpesong dari jalanNya. Dan mungkin ini hukum karma pada aku dan suamiku. Dan satu-satu cara untuk menghuraikan permasalahan hidup aku nie yalah dengan kembali padaNya. Kembali pada jalanNya. Mungkin Allah duga aku begini sebab mau mengingatkan aku yang semakin lalai dengan diriNya. Ini bererti Tuhan masih sayangkan aku kan..? Insyallah, aku akan kembali ke jalanNya. Korang doa kan aku gak ek?
2 bulan. Aku gembira kerana dapat bergelar isteri pada seorang lelaki yang selama ini aku cintai dan sayangi. Manisnya? Memang manis hidup berumahtangga nie. Yalah, buat apa saja pun pasti ada yang menemani. Dan aku paling suka sewaktu di temani ketika aku sedang makan. Bukanlah kami tidak makan berdua. Kami makan berdua, tapi aku nie kan ’slow-eater’. Huhu..so dia yang selalu selesaikan hidangnya dulu. Tapi dia akan menemani ku sehingga aku sudahi hidangan aku tu. Aku amat hargai itu. Lagi yang manis…? Setelah berkahwin nie, kamu sudah ada seorang yang menjaga mu. Yang mendulu kan dirimu dari yang lain. Yang menjaga perasaan mu. Hal ehwal dirimu. Eh, pendek kata seperti yang pernah aku dengar juga hanya orang yang sudah berkahwin sahaja yang tau nikmat berkahwin. Heh.
Pahit pun tak kurang juga. Walaupun kami baru mendirikan rumahtangga 2 bulan, namun ada juga kami bertengkar dan berselisih faham. Biasalah kan? Sedangkan lidah lagi tergigit, ye tak? Sebabnya seringkali sebab sikapnya yang kadang panas baran (tapi cepat cool, huhu..) Dan mungkin sikap aku yang seringkali cemburu. Isteri mana yang tak cemburukan suaminya kan..? Pada aku, pergaduhan dan perselisihan faham nie biasalah. Sebab pada aku, perkahwinan nie ibarat kamu meletakkan dua manusia yang punya dua latarbelakang kehidupan yang berbeza yang ingin mencari satu kesesuaian – satu tapak yang sama. So mestilah ada friction kan?
Blog nie bukanlah nak buka pekung di dada. Atau membuka rahsia rumahtangga aku sendiri. Cuma aku perlukan saluran untuk menzahirkan perasaan aku sebelum aku meletup! Eh, tapi bukanlah sebab aku nie tertekan atau rumahtangga aku bermasalah. Tapi nie sekadar satu channel itu aku mencoretkan itu dan ini. Yang mana dapat aku kongsi kan. Aku pun mungkin hanya akan post offline enteries je kat blog nie. Yalah, sekarang nie dah takde broadband connection at 1000mbps macam kat tempat aku tu. Internet connection pun takde. Wireless connection jauh sekali .Nie kampung suami aku, beb! CC adalah, heh.
So ini untuk catatan pertama aku. Insyallah, ada idea aku lagi nie adalah aku kongsi kan nanti.
Nie tengah tunggu sang suami yang asyik main PS2 tu….
Difailkan dalam: Uncategorized
