• Mereka Kata…

    Bila bercinta, bukalah matamu seluas-luasnya. Tapi, bila sudah berumahtangga, tutuplah matamu serapat-rapatnya.

    Berdiamlah atas setiap kekurangan isteri anda. Kerana kekurangnya itulah, dia tidak mendapat suami yang lebih baik dari kamu.

    Cinta yang sejati; tidak akan berkurang dengan kesilapan dan tidak akan berlebihan dengan kebaikan. Dalam rumahtangga, yang perlu ada hanya rasa KASIHAN. Kerana rasa kasihan inilah yang akan menjamin kebahagiaan rumahtangga. Tidak perlu ada rasa kasih, sayang atau cinta - Zami Ismail, Mingguan Wanita.

  • Kiriman Terbaru

  • a

  • Arkib

  • Disclaimer

    Aku tulis apa yang aku nampak, apa yang aku rasa. Dan apa yang aku fikir. Tak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang mati. Atau nak kenakan mana-mana individu. Jauh sekali untuk menyindir. Bukan juga untuk merendah-rendahkan mana-mana pihak. Jadi pada yang terasa pedas dek cili yang di makan tu, jangan salahkan blog nie plak. Salahkan cili tu yek. Pada yang tersinggung tu, maaflah yek. Tiada niat apa-apa pun. Sekadar menulis.

Bosan, wei!

Kat luar tu hujan. Tengok kereta yang masih takde tanda-tanda nak di baiki, lagiklah aku bosan. Nak pi tengok ‘Ghost Rider’ pun takde bolehnya. Terperap jelah kat rumah nie, buhsan! Kat rumah mak mertua aku nie lak, kalau ujung minggu memang meriah ler ngan budak-budak melepak kat sini. Tapi meriah tu bermakna bertambah-tambahlah tahap kebosanan aku nie, heh. Sebab? Lagi galakler Sang Adam tu mengadap PS2 tu nye tu. Mana taknya, sejam dua nanti dia asyik dengan game GT nya. Datang pulak budak-budak nie, di ajak nya lak main game PES (Pro Evolution Soccer). Bersambung-sambunglah jadinya kan..? Kalau ada niat nak tengok tv tu, lupakan jelah. Nie pun, dia tengah asyik berlawan game bola tu dengan si tukang rosak kereta, heh. Bila nak baiki nya tu kalau asyik dok main game tu je? Takkan tunggu aku sponsor gak? Adehh..

Bosan…

Jawabnya, tido jelah..

*****

Semalam, ada aku tangkap gambar langit merah kat depan rumah nie. Hmm, aku memang minat kalau subjek-subjek foto aku tu lebih kepada nature lebih-lebih langit. Langit biru ke, merah ke ataupun masa senja. Memang cantik. Lepas tu, adalah macam sembang-sembang kosong gambar langit yang aku ambil tu. Cantiklah, kata diaorang (perbualan antara aku, Mak Su kami dan Sang Adam) nie. Timbullah idea, kalau di buat poster ke. Aku plak menokok idea tu, kalau dapat kita tambahkan ayat-ayat jiwang kat gambar tu mesti lagi menarik kan? Macam kat persetankan.com tu (takmau link, korang carilah sendiri. Bukan susah!) Lepas tu jual kat orang. Ada gak diaorang kata kadang-kadang jam yang di reka merapek-merapek pun ada orang nak beli. Apa lagi kalau gambar-gambar yang cantik macamnie kan..? Cuma pesan Mak Su lagi, janganlah lupa letakkan nama atau trademark sendiri. Bimbang nanti di jiplak lak.

Tapi idea-idea tu tak sikit pun buat aku berfikir sampailah pagi tadi. Apa kata aku jual gambar-gambar yang aku ambil tu? Tapi timbul lak persoalan, layak ke gambar-gambar aku tu di jadikkan bahan untuk di jual? Ada ke orang nak beli? Dan lagi, patut ke hasil aku sendiri di jual-jual seperti itu? Tapi, aku terfikir lah kat penulis (lirik/novel), pelukis dan sebagainya..bukan diaorang jual hasil diaorang sendiri untuk dapatkan hasilnya ke? So, kalau diaorang buat kenapa bukan aku? (Heh, macam ye-ye je ek, fikir tahap artis tu. Ahaks..) Boleh gak aku tampung kehidupan kami ni kan..? Tapi, macamaner nak jual gambar-gambar aku tu? Korang ada idea tak?

Idea nie pun mengingatkan aku pada perbualan aku ngan Sang Adam kelmarin. Soalan yang aku ajukan padanya – ‘Abang nak berniaga apa kalau di takdirkan kita ada modal?’ ‘Studio’, jawabnya pantas. Jawapan yang memang sudah ku jangkakan. Memang itu pun impian aku jugak. Aku pernah berangan kalau-kalau aku dapat laksanakan satu impiannya itu; dan jadikannya itu sebagai hadiah paling istimewa buat dirinya. “Tapi, modal banyakkan, at least RM15-20 ribu? Bisnes kecik dululah, kumpul modal baru buka bisnes besar?’ Soal ku lagi.

‘Jual bunga?’ – Sang Adam.

‘Jual burger, nak?” – Aku. “Abang takde skill nak jual-jual kat orang,” jawabnya tergelak. “Haa..tang tu, serahkan kat isteri abang nie. PR skill wooo..” aku mengusik.

“Tak pun kita tolong mak kat gerai tu. Kita takeover gerai diaorang tu, nak?’ – Sang Adam.

Semalam di pasar malam, tercetus lagi idea nak buka bisnes nie.

(terpaksa berhenti di sini sebab Sang Adam sudah hendak beradu…)

Tinggalkan jawapan