• Mereka Kata…

    Bila bercinta, bukalah matamu seluas-luasnya. Tapi, bila sudah berumahtangga, tutuplah matamu serapat-rapatnya.

    Berdiamlah atas setiap kekurangan isteri anda. Kerana kekurangnya itulah, dia tidak mendapat suami yang lebih baik dari kamu.

    Cinta yang sejati; tidak akan berkurang dengan kesilapan dan tidak akan berlebihan dengan kebaikan. Dalam rumahtangga, yang perlu ada hanya rasa KASIHAN. Kerana rasa kasihan inilah yang akan menjamin kebahagiaan rumahtangga. Tidak perlu ada rasa kasih, sayang atau cinta - Zami Ismail, Mingguan Wanita.

  • Kiriman Terbaru

  • a

  • Arkib

  • Disclaimer

    Aku tulis apa yang aku nampak, apa yang aku rasa. Dan apa yang aku fikir. Tak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang mati. Atau nak kenakan mana-mana individu. Jauh sekali untuk menyindir. Bukan juga untuk merendah-rendahkan mana-mana pihak. Jadi pada yang terasa pedas dek cili yang di makan tu, jangan salahkan blog nie plak. Salahkan cili tu yek. Pada yang tersinggung tu, maaflah yek. Tiada niat apa-apa pun. Sekadar menulis.

Layan Mata

Lepas-lepas asar nie, memang seronok layan mata kan? Heh. Tapi, bak kata orang-orang tua nie tak elok tidur lepas asar. Err..tapi kalau dah ngantuk, terbabas gak..huhu..

Haa..nak sambung cakap pasal bisnes yang terhenti tiba-tiba kelmarin tu? Eh, tapi sebelum tu lamanya blog nie bercuti..Cuti Gong Xi Gong Xi, heheh..takdelah aku ke mana pun tapi sebab rumah nie dah ramai – sedara-sedara datang bertandang untuk majlis pertunangan adik ipar aku Isnin lepas. Haa..dah ramai-ramai tu, masa takde. Masa privacylah..tempat pun takde dah sebab kena tidor campak-campak (= tidor sana sini; sekejap bilik lama Sang Adam tu. Sekejap tu, beralih plak ke rumah tinggal atoknya). Lagipun, seronok melayan anak-anak buah ‘baru’ aku tu (anak-anak buah Sang Adam; anak buah aku gaklah kan..?) Jadi, memang ‘tak dan’ lah nak menulis kat blog nie. Tapi, alhamdulillah adik ipar tu pun dah selamat di tunangkan dengan si perosak kereta orang..eh, bukan..dengan jejaka pilihannya. Heh. Anak-anak buah aku tu pun dah dalam perjalanan pulang dengan akak ipar aku dan suaminya; balik ke kl awal tengahari tadi.

Ok, ok. Sebelum panjang aku membebel jauh, kita sambung balik tang mana kita berenti kelmarin tu ek? Masa kat pasar malam tu, adalah nampak ada sorang makcik nie jual bunga-bunga dan baja. Kata Sang Adam, haa..kan ada gak orang beli bunga-bunga tu. Aku bertanyalah, tapi kat mana nak cari. Adalah, abang tau..jawab Sang Adam. Tapi, nampaknya idea-idea tu tinggal gitu je. Takde follow-up pun; dah modal pun takde camner..ye dak? Huhu..

*****

Masalah kat tempat aku dah semakin meruncing. Risau, risau. Tempohari, mak aku telefon ibu mertua aku. Sebabnya? Call dan message dia aku tak jawap. Camner aku nak jawap, kalau credit pun takde. Bila aku kata camtu, aku lak balik di marahnya – ‘asyik asyik credit, asyik asyik credit’. Eh, nak buat camner..dah pakai prepaid? Sekurang-kurangnya satu beban (bil telefon) aku dah kurang kan. Mak aku nie memang tak faham konsep ‘prepaid’, heh. Tolong top up 15 dolar sahaja. Dengan telefonnya, messagenya lagi yang harus di balas (prepaid aku; panggilan keluar dan masuk harus di bayar) Top up nya 15 dolar macam 150 dolar. Tak faham, tak faham. Bila call, asyik tanya bila nak balik. Hmm, mak aku nie tak terima lagi hakikat yang anaknya di dah berkahwin ke. Bila aku balik, bila suami aku izinkan balik baliklah aku. ‘Management’ dah tukar, mak oii!! Tapi dia call kelmarin pun sebab nak bagitau pasal tempat ofis aku tu. Hmm, maleh nak cerita lah. Tapi, memang bos aku tu cakap tak serupa bikinlah. Kelmarin, cakap berapi-api. Meluap-luap; konon nak bela nasib aku. Tapi sekarang, aku pun dia tak call. Iskk..memang rasa teraniayalah. Alah, lantaklah. Malas betul nak fikir. Tapi, ,memang aku seganlah bila mak aku call mak mertua aku tu. Ingatkan ada kematian atau ada sesiapa ahli keluarga tak sihat ke. Tapi, apa mak aku jawab – kalau ada orang mati pun, tak bagitau. Haa, baguih sangatlah tu kan. Lantaklah, aku betul-betul dah sampai satu peringat aku dah tak kisahlah apa nak jadi. Aku dah betul-betul bosan!

Haa, nanti aku cerita pasal ‘Ghost Rider’ yang sempat aku tengok kelmarin dengan Sang Adam. Tapi, sekarang nie nak layan mata dulu. Tak boleh angkat woo..ngantuknya, minta ampun!!

Tinggalkan jawapan