Baru 3 hari tak menulis ye. Tapi aku rasa macam lama je. Yelah, sebab takde internet connection yang 24/7 kan..huhu. So apa cerita? Hmm..aku tak sihat. Sejak balik dari Spore tempoh hari. Demam lah, sakit perut lah. Tapi sekarang nie dah kebah sikit lah. Bolehlah aku menulis ek?
Tapi sebenarnya aku takde idealah. Hmm, aku ada satu idea nie. Tapi..nampak macam Sang Adam pun tak ‘all-out’ dengan idea aku tu. Nak bagitau kat sini plak, takut idea aku kena cilok. Heheh. Bukanlah idea aku tu gah sangat, tapi yalah..ikan bilis macam aku nie yang baru nak bertapak. Perlulah berhati-hati kan. Heh.
Nak cerita apa lagi ek. Haa..aku mungkin dah dapatlah rumah sewa baru, insyallah. Rumah teres setingkat. Kali nie rasa lokasinya lebih mudahlah. Public transportation pun ada. Taklah macam rumah kelmarin tu. Takde RM50 janganlah mimpi nak ke bandar JB tu. Tu baru duit taxi je. Duit makan, belanja lagi? So insyallah, masalah rumah tu selesai lah nanti. Lagipun, aku dah berjanji takkan balik ke rumah aku tu lagi kan? Balik mungkinlah, nak jenguk mak dan nenek aku. Tapi untuk bermalam, aku rasa taklah. Setelah apa yang terjadi. Heh.
Oklah, buntu lak aku malam nie. Masa dah ada, buntu lah ek. Huhu. Tak apalah, kita sambung lain kali ye insyallah…
*********
Kau di sampingku, namun ku rasa sunyi
Kau di sisi ku, namun ku sendiri
Kau menemaniku, tapi aku keseorangan…
11/03/2007
**********
Harum Ikhlas – Ella
Sayup hatiku, sayupnya bintang
Berlagu sepi, berkelipan di dada malam
Antara lafaz dan bisikan, rindu kepadamu mengusik
Meskinya kasmaran, sempat senyum kecil
Mengenang cinta, biar jauh tetap terasa
Terbayang jua, sebaliknya andai di takdirkan bersatu
Betapa indahnya, nikmat tak terkata Mampukah ku hadap
Kau tak pernah ku tunjuk, tangis ku bergenang di hujung mataku selalu
Kau tak mungkin perasan, kerana ku tunduk sembunyi darimu
Kau tak mahu ku tawan, dengan pujuk rayu dengan belas simpati
Ku masih percaya padamu
Satu hari kau kan sedar
Ku masih menanti pulangmu
Kerana cintaku takkan pudar
Ku masih percaya padamu
Satu hari kau kan balas
Ku masih menanti pulangmu
Kerana cinta ku harum ikhlas
Lagu fevret aku untuk sekarang nie, heh. Berulang-ulang kat iPod tu. Layannnn
Difailkan dalam: Uncategorized

ko baru berblog ke?
chot – lama dah. Tp baru kat wordpress nie. Beralih angin