• Mereka Kata…

    Bila bercinta, bukalah matamu seluas-luasnya. Tapi, bila sudah berumahtangga, tutuplah matamu serapat-rapatnya.

    Berdiamlah atas setiap kekurangan isteri anda. Kerana kekurangnya itulah, dia tidak mendapat suami yang lebih baik dari kamu.

    Cinta yang sejati; tidak akan berkurang dengan kesilapan dan tidak akan berlebihan dengan kebaikan. Dalam rumahtangga, yang perlu ada hanya rasa KASIHAN. Kerana rasa kasihan inilah yang akan menjamin kebahagiaan rumahtangga. Tidak perlu ada rasa kasih, sayang atau cinta - Zami Ismail, Mingguan Wanita.

  • Kiriman Terbaru

  • a

  • Arkib

  • Disclaimer

    Aku tulis apa yang aku nampak, apa yang aku rasa. Dan apa yang aku fikir. Tak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang mati. Atau nak kenakan mana-mana individu. Jauh sekali untuk menyindir. Bukan juga untuk merendah-rendahkan mana-mana pihak. Jadi pada yang terasa pedas dek cili yang di makan tu, jangan salahkan blog nie plak. Salahkan cili tu yek. Pada yang tersinggung tu, maaflah yek. Tiada niat apa-apa pun. Sekadar menulis.

Mimpi

Kan orang kata mimpi tu mainan tidur? Aku pun sekadar ingin berkongsi ‘mainan tidur’ ku semalam:

1 Aku bermimpi terpisah dengan suami ku. Waktu tu, kami menaiki bus shuttle yang sama (terlihat tambang di pintu bus tu; $3.35). Sang Adam berkata waktu tu, “Woo..$3.35 tu..” Dia duduk di belakang sementara aku di depan. Tapi, entah macamana sewaktu aku turun dia tidak turun sama. Jenuh aku berdiri di stesen keretapi itu; cuba menghubunginya tapi tidak di jawabnya.

2  Di stesen itulah, aku ternampak datuk ku (dia telah meninggal 3 tahun yang lalu). Tapi, dia ku nampak tidak dapat melihat di sebelah mata kanannya.

3 Di tangga stesen itu plak, aku terjumpa seorang budak lelaki India yang masih mengenakan seragam sekolah cuba membuli ku.

4 Aku tersesat mencari rumah Sang Adam. Puas aku cari, tapi tak jumpa. Yang aku jumpa mak nyah yang menawarkan servis nya. Heh!

Selebihnya..? Dah tak dapat aku ingati, heh.

Tinggalkan jawapan