• Mereka Kata…

    Bila bercinta, bukalah matamu seluas-luasnya. Tapi, bila sudah berumahtangga, tutuplah matamu serapat-rapatnya.

    Berdiamlah atas setiap kekurangan isteri anda. Kerana kekurangnya itulah, dia tidak mendapat suami yang lebih baik dari kamu.

    Cinta yang sejati; tidak akan berkurang dengan kesilapan dan tidak akan berlebihan dengan kebaikan. Dalam rumahtangga, yang perlu ada hanya rasa KASIHAN. Kerana rasa kasihan inilah yang akan menjamin kebahagiaan rumahtangga. Tidak perlu ada rasa kasih, sayang atau cinta - Zami Ismail, Mingguan Wanita.

  • Kiriman Terbaru

  • a

  • Arkib

  • Disclaimer

    Aku tulis apa yang aku nampak, apa yang aku rasa. Dan apa yang aku fikir. Tak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang mati. Atau nak kenakan mana-mana individu. Jauh sekali untuk menyindir. Bukan juga untuk merendah-rendahkan mana-mana pihak. Jadi pada yang terasa pedas dek cili yang di makan tu, jangan salahkan blog nie plak. Salahkan cili tu yek. Pada yang tersinggung tu, maaflah yek. Tiada niat apa-apa pun. Sekadar menulis.

Aku Cinta Padamu

Aku mencintaimu…

Kerana itu,
setiap helaan nafas mu,
menjadi nafas ku

Setiap resah mu,
menjadi resah ku

Setiap senyummu,
menjadi senyum ku

Setiap tawamu,
menjadi tawaku

Namun kenapa…

setiap keluh kesah ku,
tidak menjadi keluhan mu

setiap tangis ku,
tidak menjadi tangisanmu

setiap kerisauan ku,
tidak menjadi kerisauan mu

setiap kesedihan ku,
tidak menjadi kesedihanmu…

Kerana sesungguhnya…

Aku cinta padamu…

Tinggalkan jawapan