Kerana DIA, Kassim Selamat jatuh cinta padanya.
Kerana DIA, mereka di kahwin secara paksa.
Kerana DIA, dia tidak bekerja di kelab malam.
Kerana ‘kematiannya’, Kassim Selamat menangisi pemergiannya sehingga buta.
Kerana kehilangannya, Kassim Selamat menjadi seorang yang kecewa
Kerana DIA, Kassim Selamat kembali buta.
Kerana Sabariah.
Korang tengok tak cerita ‘Ibu Mertuaku’ kat TV9 tempohari. Well, cerita dia mungkin dah lapuk. Tapi, aku dapat lihat perspektif baru kali ini. Bagaimana seorang ‘Sabariah’ boleh mengubah kehidupan seorang ‘Kassim Selamat’. Mungkin watak dia tak nampak penting sangat seperti watak ‘Kassim Selamat’. Tapi kalau di perhatikan dari awal lagi, dia lah yang menggerakkan cerita ini. Sabariah lah gadis yang Kassim Selamat cintai. Yang membuatkan mereka di kahwin kan secara paksa. Yang membuatkan dia menangis sehingga buta pabila menerima berita ‘kematiannya’. Yang membuatkan Kassim Selamat kembali membutakan matanya bila di dapati dia telah di permain-mainkan selama ini. Hanya dia seorang. Sabariah lah punca segalanya.
Heh. Kalau dapat di fikir-fikirlah…bagaimana seseorang itu dapat menggubah kehidupan seorang individu yang lain. Mungkin secara total atau tidak. Kadang-kadang kehadiran individu itu membawa impak yang terlalu hebat hingga kadang-kadang menjejas seluruh kehidupannya. Atau mungkin juga menggubah prinsip atau kepercayaan sorang individu yang lainnya. Yang kadang-kadang kehadiran seseorang itu tak nampak signifikan tapi membawa efek yang begitu hebat. Tak kira lah samada negatif atau positif. Tapi ia mungkin sesuatu yang mungkin kekal sepanjang hayatnya.
Sahaja..fikirkanlah ye…
p/s: Aku pernah berjumpa individu begini. Dan aku tak pernah menjadi ‘AKU’ lagi. Bebannya ku akan tanggung untuk seluruh hayatku…
Difailkan dalam: Dari Lensa Aku, Sembang Sembang
