Menungan ku jauh
memikirkan masa depan yang kian kelam,
tanpa suatu kepastian…
Menungan ku jauh
menyaksikan harapan ku punah,
satu demi satu menyembah ke bumi…
Menungan ku jauh
melihat impian yang telah dulu ku susun rapi,
kini hanya tinggal puing-puing sepi…
Menungan ku jauh
menyoal kehadiran ku kini bersama mu,
adakah ini satu takdir ataupun satu hukuman…
Menungan ku jauh
mengimpikan satu kehidupan,
yang kini makin jauh dari gapaian…
Namun yang pasti,
aku keseorangan di sini,
tenggelam dalam menungan yang makin jauh…
Difailkan dalam: Dari Hati

link kamu sudah di’naikkan…
salam kenal
Jalan-jalan cari blog.. salam kenall
puan bintang,
dalam keringkasan arkib tulisan2 mu, apa yg kau pendam telah terluah, dan dapat aku bayangkan kesukarannya walau takkan kufahami sepenuhnya kerana aku tidak di tempatmu. perjalanan hidup kita InsyaAllah masih panjang.. dan Dia menjamin sepenuhnya, Dia akan tetap menerima kita dengan penuh kasih sayang, tiada kompromi dan tiada syarat, selagi kita tidak putus asa daripada rahmatNya.
aku juga bukan aku yang dulu, sebagaimana yg kau sedar lewat bicara terkadang kita. aku juga telah merasa kehilangan hati dan kejatuhan diri. dan kini aku kembali untuk berdiri dan aku perlukan Dia. Hanya Dia.
aku doakan perjalanan kau tenang dalam kembali bergantung pada Dia. pulanglah.. Dia sentiasa menunggumu dan Dia akan sentiasa menerima cintamu. sepenuhnya.
jaga diri ya.