28th May 2007, 1.20 pagi
Dah lama sangat aku tak update kan. Hmm, macam-macam yang berlaku. Tapi, tidaklah sampai begitu penting untuk aku coretkan kat sini. Biasalah hidup berumahtangga kan? Tanyalah semua-semua yang dah berumahtangga tu; ada ke rumahtangga yang aman, bahagia dan tenteram selalu? Tipulah tu kalau dia kata ada, heh. Macam aku pernah beritahu seorang sahabat baik aku tu tentang hidup berumahtangga nie – Being married don’t make you the happiest person on earth. So enjoy singlehood as long as it lasted. Haa, macamaner. Setuju ke? Heh.
Aku sekadar nak berkongsi artikel kemusykilan yang aku baca siang tadi;
Skandal silam suami punca pertengkaran – Metro Ahad, 27 Mei 2007
Soalan:
Saya berumur 22 tahun, berkahwin setahun lalu dan di kurniakan bayi yang kini berumur tujuh bulan. Saya berkahwin sebulan selepas bercinta dengan suami saya kerana saya ketika itu hamil satu bulan.
Suami saya berumur 21 tahun. Kami mengambil keputusan berkahwin atas dasar cinta dan tidak mahu menggugurkan anak yang tidak berdosa. Kini, saya dan suami tinggal serumah dengan mentua.
Dalam menjalani kehiduoan berumah tangga, kami selalu bertengkar. Kadangkala hingga ke pengetahuan mentua.
Selalunya, sayalah punca pergaduhan itu. Saya sering mengungkit kisah lama suami kerana saya susah hendak melupakan perkara yang pernah di lakukan bersama bekas kekasihnya, termasuk melakukan hubungan seks.
Saya tidak dapat menerima hakikat bahawa suami pernah bersetubuh dengan bekas kekasihnya, biarpun kini dia mengakui sudah berubah selepas berumah tangga.
Saya mengaku suami menyayangi saya dan dia juga tahu saya kurang menyayanginya. Apa saya perlu lakukan untuk melupakan kisah lamanya dan menerima suami dengan sepenuh hati? - Isteri Resah
Jawapan:
Secara ringkas, masalah puan berkaitan belenggu kisah silam. Kisah silam ini sebenarnya sejarah. Dalam hal ini, seorang ahli sejarah pernah mengatakan bahawa sejarah itu penting dan untuk maju dalam kehidupan, kita perlu sering melihat sejarah.
Ahli sejarah itu memberi perumpamaan menempuh hidup ini ibarat memandu kereta dan melihat sejarah pula, seperti melihat cermin sisi.
Jika kita memandu kereta di atas jalan raya sibuk tanpa melihat cermin sisi, pasti kita akan kemalangan.
Begitu juga menempuh kehidupan. Jika tidak melihat atau lebih mengambil iktibar yang berlaku, pasti kita berdepan kegagalan kerena kita mungkin mengulangi kesilapan yang pernah di lakukan sebelumnya.
Bagaimanapun, kata ahli sejarah itu, satu perkara yang paling penting ialah dalam menjalani kehidupan, kita cuma sesekali saja perlu melihat ke sejarah dan bukan sepanjang masa. Jika kita sentiasa memandang sejarah saja, kita akan gagal dalam kehidupan.
Sama juga seperti memandu kereta. Jika kita asyik melihat cermin sisi saja dan tidak melihat ke depan, pasti kita akan kemalangan.
Harapan Dang Setia, puan faham mesej yang ingin Dang Setia sampaikan melalui perumpamaan di atas iaitu jika puan berterusan mengungkit kisah silam suami, sedangkan tahu dia sudah berubah sikap, jelas rumah tangga puan akan menuju kehancuran.
Adakah itu yang puan mahukan? Sudah tentu tidak, bukan? Jadi belajar mengawal diri dan perasaan puan.
Sejarah dan kisah silam penting untuk kita jadikan iktibar dan panduan, tidak lebih daripada itu.
Pengaruh melampau kisah silam hingga menjejaskan kehidupan rumah tangga sebagaimana puan alami sekarang, tidak mustahil hanya satu bentuk hasutan atau gangguan syaitan yang memang ingin melihat umat manusia menuju kehancuran.
Justeru, sedarilah hakikat ini. Ikutlah Allah dan rasul-Nya, Muhammad SAW, bukan telunjuk syaitan.
Cabaran sentiasa ada dalam kehidupan berumah tangga, namun ia harus ditangani denga bijak, bukan terlalu mudah kecewa dan terlalu mengikut kata hati.
Selain itu, ingatlah puan sebenarnya beruntung kerana suami sudah berubah sikap dan tidak seperti dulu lagi.
Ramai lagi wanita yang lebih malang kerana suami terus menjadi kaki perempuan biarpun selepas berkahwin.
Akhir sekali, jangan lupakan tanggungjawab puan terhadap anak.
Dia semestinya memerlukan seseorang bergelar ayah untuk menyempurnaka kehidupannya pada masa depan.
*****
Soalan yang sama juga pernah singgah di kepala aku. Dan seperti Isteri Resah ni, aku juga ada terfikir untuk mencari atau bertanya kan soalan yang seperti ini pada sesiapa yang pakar. Yang dapat memberikan aku huraian pada persoalan aku ni. Tapi, nampaknya Isteri Resah lebih cepat dari aku, heh.
Yalah, semua orang ada kisah silam kan (rasanya aku pernah raih tentang isu yang sama jugak dulu). Aku, Sang Adam, kau, dia, mereka. Semua ada kisah silam. Tak kiralah samada kisah silam itu buruk atau baik. Atau meninggalkan kesan sehingga kehidupan kita yang sekarang ni. Jadi, macamana kita nak lupakan kisah silam seseorang itu dan menerima dia sepenuh hati kita? Tanpa ada ragu-ragu lagi.
Dalam artikel ni lah, aku bertemu jawapannya – ‘Sejarah dan kisah silam penting untuk kita jadikan iktibar dan panduan, tidak lebih daripada itu.’ Dan juga perumpaan memandu kereta dan cermin sisi tu. Cermin sisi itu ibarat sejarahlah yang perlu kita lihat sesekali ketika memandu. Untuk memastikan pemanduan kita selamat. Tapi kalau dok asyik pandang cermin sisi je tak pandang depan, alamatnya aksidenlah, kan? Jadi, apa perlu di kenangkan kisah silamnya. Jadikan ianya sebagai panduan sahaja.
Tapi, seperti cakap-cakap orang putih tu, easier said than done. Cakap sahaja memang senang, tapi nak melaksanakan nya? Tak mudah itu untuk kita terima seseorang itu dan lupakan kisah silamnya. Yang buruklah, especially. Seperti dalam kemusykilan tu; dia susah nak lupakan tentang kisah silam suaminya – dia pernah mengadakan hubungan seks dengan bekas kekasihnya sebelum mereka berkahwin.
Tetapi seperti juga jawapan kemusykilan tu, ni semua kerja dan hasutan syaitan yang selalu akan cuba meruntuhkan sebuah rumahtangga walau dengan cara apa sekalipun.
Yang pentingnya, kamu ada dia sekarang ni. Dan hanya kamu yang di cintai dan di sayanginya kini.
Tapi benarkah semua itu…
Difailkan dalam: Artikel, Dari Hati, Dari Lensa Aku, Sembang Sembang

dalam dua org, mesti ada lagi sorg. iaitu setan. tu lah org ketiga yg memecah belah…
ok, set. tukar link!