• Mereka Kata…

    Bila bercinta, bukalah matamu seluas-luasnya. Tapi, bila sudah berumahtangga, tutuplah matamu serapat-rapatnya.

    Berdiamlah atas setiap kekurangan isteri anda. Kerana kekurangnya itulah, dia tidak mendapat suami yang lebih baik dari kamu.

    Cinta yang sejati; tidak akan berkurang dengan kesilapan dan tidak akan berlebihan dengan kebaikan. Dalam rumahtangga, yang perlu ada hanya rasa KASIHAN. Kerana rasa kasihan inilah yang akan menjamin kebahagiaan rumahtangga. Tidak perlu ada rasa kasih, sayang atau cinta - Zami Ismail, Mingguan Wanita.

  • Kiriman Terbaru

  • a

  • Arkib

  • Disclaimer

    Aku tulis apa yang aku nampak, apa yang aku rasa. Dan apa yang aku fikir. Tak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang mati. Atau nak kenakan mana-mana individu. Jauh sekali untuk menyindir. Bukan juga untuk merendah-rendahkan mana-mana pihak. Jadi pada yang terasa pedas dek cili yang di makan tu, jangan salahkan blog nie plak. Salahkan cili tu yek. Pada yang tersinggung tu, maaflah yek. Tiada niat apa-apa pun. Sekadar menulis.

Kali Pertama…

aku berpuasa sebagai isteri kepada Sang Adam
aku sambut Ramadhan yang pertama jauh dari keluarga sendiri. Sedih woo!!
Ramadhan pertama aku tak berapa menjadi, heh. Silap aku jugak…
aku jadi ‘tukang gerak’ untuk bangun sahur. Selalunya aku yang di gerak..huhu..
aku akan beraya dengan Sang Adam
aku akan sambut 1 Syawal dengan famili Sang Adam. Ala-ala beraya di perantauan gituk, [...]

Ramadhan Al-Mubarak

Semoga kedatangan Ramadhan kali ini membawa lebih berkat dan rahmat untuk kita semua, insyAllah..
 Jangan ponteng puasa tau!

Abang Tak Perasan…

Abang tak perasan…
hari ini dia menyikat kemas rambutnya,
di biarkan lepas menghurai ke bahu…
Abang tak perasan…
hari ini matanya di hiaskan cantik,
di solek celak hitam di tubir matanya…
Abang tak perasan…
hari ini tubuhnya di sirami bau indah,
di oles dengan wangi-wangian…
Abang tak perasan…
hari ini dia berbaju baru,
kurung hitam yang di sulami dengan benang emas…
Abang tak perasan…
rambutnya yang terhurai,
lambang hormat [...]