• Mereka Kata…

    Bila bercinta, bukalah matamu seluas-luasnya. Tapi, bila sudah berumahtangga, tutuplah matamu serapat-rapatnya.

    Berdiamlah atas setiap kekurangan isteri anda. Kerana kekurangnya itulah, dia tidak mendapat suami yang lebih baik dari kamu.

    Cinta yang sejati; tidak akan berkurang dengan kesilapan dan tidak akan berlebihan dengan kebaikan. Dalam rumahtangga, yang perlu ada hanya rasa KASIHAN. Kerana rasa kasihan inilah yang akan menjamin kebahagiaan rumahtangga. Tidak perlu ada rasa kasih, sayang atau cinta - Zami Ismail, Mingguan Wanita.

  • Kiriman Terbaru

  • a

  • Arkib

  • Disclaimer

    Aku tulis apa yang aku nampak, apa yang aku rasa. Dan apa yang aku fikir. Tak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang mati. Atau nak kenakan mana-mana individu. Jauh sekali untuk menyindir. Bukan juga untuk merendah-rendahkan mana-mana pihak. Jadi pada yang terasa pedas dek cili yang di makan tu, jangan salahkan blog nie plak. Salahkan cili tu yek. Pada yang tersinggung tu, maaflah yek. Tiada niat apa-apa pun. Sekadar menulis.

Cerita Sket

Niat di hati menggapai bintang di langit, Namun kaki masih lagi terikat di bumi… 

********** 

Kat sini tempat aku luahkan apa sahaja. Tak kiralah, benda best ke benda yang menyakitkan hati aku ke. Heh. Aku memang jarang update. Kalau ada cerita tu, adalah. Tapi pada yang setia membaca tu aku ucap terima kasihlah eh sebab ada juga yang sudi datang blog aku tak seberapa nie, heh. 

********** 

Aku dah jauh melangkah. Tapi, rasanya perjalanan aku masih jauh. Sekarang ni, aku sedang menempuh saat-saat gelap dalam hidup aku. Aku dah rasa semuanya lah (rasa-rasanyalah, heh..). Pahit, manis, masam, tawar. Cakap jelah, aku dah rasa..Kadang-kadang bahagia, kadang-kadang sedih. Perit pun ada. Kadang-kadang rasa nak give up pun ada. Tapi, aku kuatkan hati. Kuatkan semangat. Sebab aku selalu ingat hidup kita tak selalunya indah kan? Hidup ni macam roda; selama mana kita di atas? Satu hari nanti, akan ke bawah juga. Begitu juga dengan aku. Aku percaya satu hari nanti semuanya akan berubah. Insyallah…

Lagipun aku tak gentar sangat. Sebab aku ada Sang Adam. Dialah kisah suka duka aku. Dialah hero aku, heh.

Harap-harap satu hari nanti hidup aku akan berubah. Aku doakan juga untuk korang tau.. 

Nota: Apa aku tulis ni bukan nak cari simpati. Aku tak perlukan simpati korang. Bukanlah aku menyombong diri, tapi kadang-kadang rasa simpati dari seseorang itu lebih menyakitkan. Jadi cukup kalau korang baca dan kalau ada simpan je rasa simpati tu dalam diri korang. Ok?

Aku minta maaf kalau apa aku cakap tu buat korang tersinggung. Tapi aku cakap jujur ni. Percayalah..i’ve felt worse..

Tinggalkan jawapan