• Mereka Kata…

    Bila bercinta, bukalah matamu seluas-luasnya. Tapi, bila sudah berumahtangga, tutuplah matamu serapat-rapatnya.

    Berdiamlah atas setiap kekurangan isteri anda. Kerana kekurangnya itulah, dia tidak mendapat suami yang lebih baik dari kamu.

    Cinta yang sejati; tidak akan berkurang dengan kesilapan dan tidak akan berlebihan dengan kebaikan. Dalam rumahtangga, yang perlu ada hanya rasa KASIHAN. Kerana rasa kasihan inilah yang akan menjamin kebahagiaan rumahtangga. Tidak perlu ada rasa kasih, sayang atau cinta - Zami Ismail, Mingguan Wanita.

  • Kiriman Terbaru

  • a

  • Arkib

  • Disclaimer

    Aku tulis apa yang aku nampak, apa yang aku rasa. Dan apa yang aku fikir. Tak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang mati. Atau nak kenakan mana-mana individu. Jauh sekali untuk menyindir. Bukan juga untuk merendah-rendahkan mana-mana pihak. Jadi pada yang terasa pedas dek cili yang di makan tu, jangan salahkan blog nie plak. Salahkan cili tu yek. Pada yang tersinggung tu, maaflah yek. Tiada niat apa-apa pun. Sekadar menulis.

Nak berkongsi ni…

Tips ni lama dah aku dapat; dari kursus rumahtangga yang aku sertai bulan lepas (jangan tanya kenapa aku baru je ambil kursus rumahtangga lepas dekat setahun aku kahwin, huhu…)

Hidup berumahtangga ni memang at times stressful kan..korang setuju tak? So, kadang-kadang tu perlu ambil masa untuk relaks. Untuk tenangkan diri tu semula. Jadi, cuba korang buat macam tips-tips nie:

1.

  • Cantumkan kedua belakang tapak tangan. Seperti sedang bertepuk tangan. Tapi kali ni dari belakang tapak tangan.
  • Letakkan tangan korang yang macam tu dekat dengan dada.
  • Tarik dan lepaskan nafas perlahan-lahan.

Insyallah, korang akan rasa lebih tenang selepas tu.

2.

  • Korang berdiri tegak.
  • Cuba bayangkan 3 perkara ni – 1) kisah lalu korang, 2) diri korang sekarang, 3) masa hadapan korang. Kalau dalam BI, korang bayangkanlah mana letaknya your past, present & future. Contohnya; masa kursus tu aku membayangkan masa lalu aku di sebelah aku (sebab aku membayangkan aku harus sesekali menoleh ke sebelah untuk mengingatkan diri aku semula tentang masa lalu aku. Seperti satu reference lah yang aku perlu kadang-kadang check untuk jadi satu guide dalam hidup aku). Present aku plak, aku umpama kan diri aku yang sedang berdiri tu. Sebab aku berada dalam hidup aku yang sekarang. Masa depan aku plak di depan aku lah, jauh sikit dari tempat aku berdiri tu.
  • Selepas korang dah bayangkan 3 perkara tu, korang camtukan dengan tangan. Macam melukis satu garisan dengan gerak tanganlah. Faham tak ni? Huhu..
  • Jadi bila lain kali korang rasa stress, korang buat garisan yang sama tu dengan tangan kamu beberapa kali. Tutup mata dan tarik nafas.

Insyallah juga, korang akan rasa lebih tenang lepas tu.

3. Yang ni korang kena buat dengan partner koranglah; buat dengan si Adam.

  • Duduk berhadapan satu sama lain
  • Berpegangan tangan antara korang berdua
  • Pandang mata partner korang (dia pun kenalah pandang mata korang kan, huhu..)
  • Just let your feelings flow.  

Masa tu, insyallah korang akan rasa macam-macam. Sedih, marah, atau mungkin juga boleh renew rasa kasih & sayang untuk partner korang. Mungkin juga boleh teringat kembali saat-saat kita jatuh cinta dengan dia. Dan mungkin juga akan buat kita hargai satu sama lain lepas tu.

Itu jelah tips-tips yang aku nak kongsi. Cubalah korang pratikkan. Aku sendiri belum ada peluang nak pratik kan tips2 tu (kalau korang dah cuba nanti dan ada effects, korang bagitau aku?)

Selamat Mencuba! eheks..

Dilindungi: A-B-C-D

Kiriman ini dilindungi oleh kata laluan. Untuk melihatnya, sila masukkan kata laluan anda di bawah:


Kali Pertama…

  • aku berpuasa sebagai isteri kepada Sang Adam
  • aku sambut Ramadhan yang pertama jauh dari keluarga sendiri. Sedih woo!!
  • Ramadhan pertama aku tak berapa menjadi, heh. Silap aku jugak…
  • aku jadi ‘tukang gerak’ untuk bangun sahur. Selalunya aku yang di gerak..huhu..
  • aku akan beraya dengan Sang Adam
  • aku akan sambut 1 Syawal dengan famili Sang Adam. Ala-ala beraya di perantauan gituk, uhuk2x..
  • aku akan join beratus-ratus (atau beribu-ribu?) umat yang lain yang berebut-rebut beli tiket bus sebab nak balik beraya. Adeh!!

Apa-apa pun, semua ni satu pengalaman baru buat aku. Macam-macam rasa ada..heh.