• Mereka Kata…

    Bila bercinta, bukalah matamu seluas-luasnya. Tapi, bila sudah berumahtangga, tutuplah matamu serapat-rapatnya.

    Berdiamlah atas setiap kekurangan isteri anda. Kerana kekurangnya itulah, dia tidak mendapat suami yang lebih baik dari kamu.

    Cinta yang sejati; tidak akan berkurang dengan kesilapan dan tidak akan berlebihan dengan kebaikan. Dalam rumahtangga, yang perlu ada hanya rasa KASIHAN. Kerana rasa kasihan inilah yang akan menjamin kebahagiaan rumahtangga. Tidak perlu ada rasa kasih, sayang atau cinta - Zami Ismail, Mingguan Wanita.

  • Kiriman Terbaru

  • Kategori

  • Arkib

  • Disclaimer

    Aku tulis apa yang aku nampak, apa yang aku rasa. Dan apa yang aku fikir. Tak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang mati. Atau nak kenakan mana-mana individu. Jauh sekali untuk menyindir. Bukan juga untuk merendah-rendahkan mana-mana pihak. Jadi pada yang terasa pedas dek cili yang di makan tu, jangan salahkan blog nie plak. Salahkan cili tu yek. Pada yang tersinggung tu, maaflah yek. Tiada niat apa-apa pun. Sekadar menulis.

Kadangkala…

aku terfikir…

kau boleh hidup tanpa aku..

kan…

mungkin…

Jangan Tipu Isteri

Benda ni sebenarnya lama dah. Tapi aku yang takde time nak type. Lagi satu, takde internet connection yang stabil. Heh. Haa, sekarang ni aku ada kat Spore (balik “kampung” sat). Internet connection 24/7. Online kamu sampai muntah, hehe.

Ok. Benda yang aku nak kongsi ni pun sebenarnya lama dah. But still, aku nak kongsi..heh.

Korang tengok tak drama ‘Dilema Wanita’ kat RTM1 tiap-tiap hari Isnin tu? Haa..yang aku nak cerita ni episod ‘Kudrat Seorang Isteri’ (kalau aku tak silaplah tajuk dia). Safura yang berlakon.

Episod ni pasal suami si Safura (lakonan Heryanto) yang sudah di berhentikan kerja. Tapi, masih berpura-pura bekerja – pagi pi ofis, petang lak berlagak konon penat lak. Adeh. Entah macamana tu satu hari kantoi dengan anak dia sendiri. Waktu tu masih lagi masa pejabat, tapi dia dah melepak kat kedai kopi. Balik, si anak tu mengadu lah kat ibunya.

Malam tu, si suami ngadulah kat isteri konon-konon penat bekerja. Dialog si Safura yang masih segar kat otak aku ni – “Yalah, bukan senang kerja jadi pelakon. Kan?” Adeh, kena sebiji. Huhu..

So, apa yang aku nak cerita kat sini ni adalah untuk sang-sang suami (juga untuk si Adam akulah). Tak usahlah nak tipu-tipu isteri. Sebabnya? Setiap isteri ni punya naluri yang akan tau bila dia di tipu. Mungkin dia akan berdiam sahaja; pura-pura to go along with your lies.  Tapi, itu tak bermakna dia tak tau. Cuma mungkin si isteri tak mau memanjangkan cerita.

Jadi, pada sang-sang suami – berkatalah benar. Sepanjang masa. Janganlah guna alasan konon nak jaga hati isteri. Alasan basi!

Heh.

Dilindungi: The Outsider – Aku Tak Akan Bersuara

Kandungan ini dilindungi kata laluan. Untuk melihatnya sila masukkan kata laluan di bawah.